MASA AKAN MENELAN USIA

KEMATANGAN KEILMUAN DI HUJUNG USIA DALAM BIDANG AGAMA MENCERMINKAN SYURGA..Hajman inssyaAllah

Suami makin berusia, semakin manja

MUHAMAD MAT YAKIM
20 Julai 2012
MUHAMAD MAT YAKIM
MUHAMAD MAT YAKIM

SEORANG kawan perempuan bertanya, betulkah lelaki lepas kahwin akan jadi manja, dan apabila usia meningkat 40-an, manjanya menjadi-jadi.

Saya tidak terus menjawab. Sebabnya, dia belum kahwin dan saya tidak mahu sebarang jawapan saya akan mempengaruhinya untuk buat satu persepsi yang kekal terhadap lelaki. Ini tidak bagus untuk perkahwinannya nanti.

Namun pertanyaan itu memberikan saya idea untuk mendapatkan reaksi daripada kawan-kawan lain. Hasilnya, daripada lelaki, kebanyakannya memilih jawapan selamat. Ini sudah tentu kerana tidak mahu 'kemachoan' mereka terjejas jika mengaku.


Namun ada juga yang membuat saya berasa simpati kerana ramai yang mengaku, semakin lama, mereka semakin tidak dipedulikan malah ada juga isteri yang menyalah tafsir kemanjaan mereka sebagai mengada-ada. Tidak kurang juga isteri yang mengaku kepada saya, manja suami perlu dibaca sebagai malas.


Oh, sampai begitu sekali!


Zarina, seorang isteri, memberitahu saya, lelaki yang manja selepas berkahwin sebenarnya hanya mengambil kesempatan. Dalam kata lain, banyak urusan mahu diserahkan kepada isteri sedangkan isteri sendiri ada banyak urusan lain seperti jaga anak, memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Itu belum lagi dikira urusan basuh kain, sidai kain, gosok kain dan lipat kain.


"Ini, nak gosok baju pun harap isteri. Dulu pakai baju tak bergosok pun tak kisah," katanya .


Saya cuba meredakan wanita berusia lewat 20-an itu dengan berkata, "Suami minta awak gosok sebab dulu dia tak pernah gosok baju, jadi dia tak pandai gosok baju. Nanti kalau dia gosok tak elok, orang akan mengata awak juga. Tengok tu, pakai baju kedut, mesti isteri dia yang tak pandai gosok. Nanti awak sendiri yang malu.


Jadi, dia nak jaga reputasi awak sendiri jugak," kata saya.


"Itulah Che Mat, cakap asyik nak menangkan lelaki," balasnya dengan nada tak puas hati.


Walau apa pun, baginya manja lelaki yang lepas berkahwin hanya kata positif bagi maksud sebenar, iaitu pemalas.


Aida, seorang isteri berusia lewat 30-an pula beri komen yang sangat positif. Katanya, kemanjaan suami mula kelihatan selepas 10 tahun berkahwin dan akan jadi lebih ketara selepas 15 tahun.


"Mungkin sebelum itu sebab sibuk macam-macam, tak sempat bermanja," katanya.


Apabila ditanya manja suaminya bagaimana, Aida berkata, dia dapat merasakan bahawa kemahuan (suami) untuk berdua-duaan lebih ketara seiring dengan meningkatnya usia.


Ya! Sebagai lelaki, saya akui katakata Aida sangat benar. Bertuahlah suaminya kerana punya isteri yang memahami.


Namun kata Aida, ada juga situasi itu yang berakhir dengan insiden suami merajuk. "Tetapi, merajuk lelaki, isteri susah nak faham. Kadang kala tak perasan pun dia makan hati. Tetapi dah 10, 15 tahun berumah tangga, isteri kenalah kreatif untuk 'tackle' balik hati suami macam baru kahwin dulu," katanya.


Rupa-rupanya, manja lelaki sama sahaja, tidak kira bangsa atau agama.


Seorang kawan lelaki, Aloysius Chin dari Pulau Pinang pula 'merungut': "Bro, dulu minta kopi, cepat saja datang. Sekarang bukan saja lambat, siap kena sound lagi, tak boleh buat sendiri ka? Tak tengokkah I sibuk jaga anak ni! Awak asyik tengok bola saja!"


Apabila saya tanya, "macam mana hang berani sangat komplen dalam Facebook ni, Aloy? Nanti naik papan tanda no entry baru tau!" tiba-tiba sahaja keluar kenyataannya: "Who hack my Facebook hah?"


Sebelum itu, bukan main lagi dia mengaku itu semua dari pengalaman.


Seorang lagi kawan perempuan, Ita pula berkata, lelaki mungkin susah nak merajuk kalau isteri pandai jaga rupa. Tak perlu cantik sangat sampai kena bersolek macam artis. Cukuplah dengan jaga tutur kata, maniskan wajah, banyakkan senyum.


Satu lagi, bentuk badan pun kena jaga. Jangan melantak ikut suka, daripada bentuk buah pir sudah jadi epal. Kenalah kekal macam buah pir seperti zaman anak dara atau baru kahwin dahulu.


Akan tetapi, kata Ita, lelaki pun jangan pandai perhati isteri sahaja. "Kalau yang merajuk tu boroi macam labu sayong, merajuk pula di penjuru dinding, bini mana pun putus angin nak pujuk Abang Mat ooiii Lantak dialah!"

Napisah, 50-an pula beri pandangan, suami perlu faham, isteri yang meningkat usia, tanggungjawab banyak bertambah. Anak-anak yang kian dewasa, kerenahnya pun berbagai.


Bagi yang ada ibu bapa, kena perhatikan juga sakit pening mereka. Kadang kala jadi tempat mengadu ipar duai pula. Jadi tidak sesuailah untuk suami bermanja seperti dulu hinggakan nak disikat rambut atau dipotong kuku.


"Kalau nak bermanja macam itu, kenalah buka cawangan baru," katanya.


Apa macam kawan-kawan? Ada berani sahut ini cabaran?

Sunday, November 2, 2008

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

http://www.tranungkite.net/

0 comments:

DIDIK ISTERI PERLU STRATEGI


Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional? tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud:

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.

Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.

Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.

Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami."

Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas. Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,"

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).

Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Ingin Menjadi Isteri Idaman


Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati#60991; an berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok- olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok- olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir
(pemandu)#60991; an pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q. S. An Nissa 4.34.

GAMBARAN SYURGA MENURUT AL-QURAN


Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali.

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:

Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:

Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Sungai-Sungai di Syurga

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.

Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:

Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3).

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.

Syurga itu Bertingkat-Tingkat

Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.

Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :

= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

Taman-Taman Di Syurga

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Pintu-Pintu Syurga

Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:

Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.

Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.

Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.

Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :

= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat

Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:

Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah.

Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.

Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga

Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).

Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:

Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya.

Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud:

Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka.

Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.

Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:

Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).

Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga

Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waqiah: 27-33).

Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (Ar-Rahman: 48).

Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (Ar-Rahman: 68)

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.:

"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."

--------------------------------------------
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:

Allah telah berfirman: "Sesungguhnya Aku dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). Aku yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah? Aku yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri." (Riwayat Baihaqi)

Bila Isteri Merajuk


Untuk yang dah digelar suami, yang akan jadi suami dan yang teringin nak jadi suami yang berada depan di komputer. Semoga dirahmati Allah (Isteri pun
boleh baca)

BILA ISTERI MERAJUK

Kita balik dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sekejap,sembahyang 'asar kemudian capai reket badminton terus ke gym beriadah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita.

Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita buat apa-apa, isteri kita dah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan dah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gym jam 5.30 petang, kerana sewa bermula jam 5.30 juga, kenalah jaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus aje memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata "Eishh!, takkan benda-benda kecik tu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long tu beli, bukan jauh pun kedai tu..." kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas
untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur macam machine-gun kata-kata kecewa kerana kita tak mahu tolong dia.
Keluarlah macam-macam peristewa silam yang dulu-dulu tu kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia. Sampai ke peringkat dia kata, "YAH, TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP,PI BELI SENDIRI... YAH FED-UP DENGAN
ABANG!.." sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam dalam tilam nostalgia kita tu.

Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tak mahu ke kedai dah merajuk tak mahu masak untuk kita!.. pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakunan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.

Kita mula naik geram, nak ditinggalkan, dan terus bermain badminton, rasa pula tak boleh nak tumpu kepada permainan. Nak tunggu hingga isteri tu reda, entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula. Kita pun telefon sahabat minta excuse. Duduklah kita kat rumah tu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah ada suami-suami yang nak buat.

Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
1. Pertama sekali, kita mesti terus ingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19 bermaksud: " ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru(menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri tu tidak merajuk, maka kita terus ke gym dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.

2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggong hatinya yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah.
Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun.Isteri
kita tu sabar dan menyimpan semua peristewa-peristewa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk tu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa semburkan kesemua files kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan lari masuk ke dalam bilik dan membasah bantal dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut
fisiologinya, depa dah "lega" lah tu.

3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya tu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok baru lah kita cuba-cuba pujuk dia.
Jangan malam itu juga cuba nak pujuk, nanti tak pasal-pasal kena sesiku sulongnya di dagu kita. Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tak
mahu pujuk dia.

4. Bila isteri kita tu dah mula nampak nak "mengorat" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman.Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristewa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni,
laksana kita mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali.
Senyum-senyumlah padanya jika dia mula nak mengorak senyuman.
Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu.
Lafazkan kata cinta padanya.

5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya tu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah
An-Nisa' ayat 34: untuk tindakan kita selanjutnya: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka
(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika
suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara(mereka). Wanita-wanita yang kamu khuawatirkan nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka
berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap
kali kita bertemu dengan isteri kita: " Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".

Selamat menantikan isteri merajuk

Wassalam

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai Manusia! Laksanakan amalan-amalan menurut kemampuan kamu.
Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun
berterusan."
(H.R. Muslim)


Hamba Allah

Siti Zulaika


Zulaika

Firman Allah swt :Dan wanita-wanita di kota berkata: “Isteri al-Aziz (Raja Mesir) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya): sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata”. (Yusuf: 30)

Berat sungguh malam yang panas itu dirasakan oleh Ra’il, wanita cantik yang biasa dipanggil dengan nama Zulaika. Ia senantiasa mempercantik paras, menghias diri, dan memakai wangi-wangian. Kemudian berdiri, pagi dan petang, di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tak jelas penyebabnya.

Angin sepoi bertiup tenang dan halus, seakan enggan mengusik ranting-ranting pohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu, Zulaika memandangi sungai dan airnya yang tenang, dan sesekali wajahnya menoleh ke atas, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit nan tinggi, mengelilingi bulan yang sebahagian sinarnya terhalang oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampiri dengan segelas sari buah dingin untuknya, tetapi sang puteri menolak dan malah memerintahkan pelayan itu untuk kembali. Nafasnya semakin menyesakkan, serasa hampir-hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar, sebab sampai saat ini ia belum dikurniai seorang anak pun.

Sebenarnya ia dapat saja mengambil anak angkat yang disukainya, sebab ia orang terkaya di negeri itu. Tapi naluri keibuannya ternyata menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri, sebagaimana wanita-wanita lain. Tapi suratan takdir menghendaki lain, suaminya tidak kuasa mengubah impiannya menjadi kenyataan.

Berkecamuklah semua fikiran itu di kepalanya. Ia terlena dalam lamunannya, sampai suara halus suaminya tiba-tiba mengejutkan hatinya.

“Ra’il, isteriku yang cantik, bergembiralah!” Kata suaminya sambil menunjukkan sesuatu.

Zulaika menoleh kepada suaminya, dan betapa terkejut ketika ia lihat suaminya datang bersama seorang anak kecil.

“Siapa namamu?” tanya Zulaika.
Dengan suara yang hampir-hampir tidak terdengar, anak itu menjawab, “Yusuf”.

Al-Aziz, suami Zulaika, kemudian mengikutinya dari belakang serta berkata, “Telah kubeli ia dari kafilah yang didapati disebuah telaga di padang pasir. Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi ia bermanfaat bagi kita, atau kita pungut ia sebagai anak”.

Isteri al-Aziz tidak mengetahui takdir apa yang bakal terjadi antara dia dan anak itu di hari-hari yang akan datang. Yang jelas ia merasa senang atas kedatangan anak itu, dan hilanglah kesedihan yang selama ini menghimpit dadanya.
Hari-hari berlalu. Yusuf semakin besar dan menjadi dewasa. Wajahnya tampak semakin tampan. Isteri Aziz tidak mengerti kebahagiaan apa yang meresap di hatinya setiap kali ia memandang Yusuf, dan kesedihan yang menghantuinya ketika Yusuf hilang dari pandangannya.

Setiap kali malam tiba, dan Yusuf pergi ke kamar tidurnya, Zulaika merasa ada sesuatu yang mengusik lubuk jiwanya, sehingga kadang kala ia bangun meninggalkan suaminya yang sedang tidur, kemudian pergi ke pintu kamar Yusuf. Zulaika berdiri di pintu kamar Yusuf beberapa saat. Dalam hatinya timbul keraguan: apakah sebaiknya ia masuk menemui Yusuf seperti yang diinginkannya, ataukah ia kembali ke tempatnya sendiri di samping suaminya.

Fikiran seperti itu selalu mengganggu hatinya semalaman, sampai cahaya matahari pagi terlihat masuk melalui jendela-jendela kamarnya. Jika sudah demikian, ia kembali ke kamar suaminya.

Setiap kali pandangannya bertemu dengan pandangan Yusuf, ia merasakan keinginan yang kuat untuk selalu berada dekat pemuda itu, dan tak ingin rasanya berpisah untuk selama-lamanya. Namun, hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak memendam perasaan yang sama seperti perasaannya. Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah: Apakah Yusuf mencintainya sebagaimana ia mencintai Yusuf? Apakah Yusuf memendam perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak menampakkan sikap seperti itu, ia tidak mahu mendengar jawapan itu.

Pada suatu petang, isteri Aziz merasa tidak kuasa lagi hanya berdiri di ambang cinta yang disimpannya kepada Yusuf. Ia kemudian berdiri dimuka cermin, mengagumi kecantikan parasnya, seraya berkata kepada dirinya sendiri, “Adakah, di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya melebihi kecantikanku, sehingga Yusuf menghindar dariku? Tidak boleh tidak, wahai Yusuf, hari ini aku akan menjumpaimu dengan segala macam pujukan dan rayuan, sampai engkau tunduk kepadaku”.

Kemudian ia membuka almari, dan matanya mengamati semua pakaian di dalamnya. Dipilihnya salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang membangkitkan ghairah laki-laki. Manakala gaun itu dikenakan, maka sebahagian auratnya yang seharusnya tersembunyi akan tampak. Itulah yang justeru dikehendakinya. Kemudian ia memakai wangi wangian di sekujur tubuhnya, yang menyebabkan seorang lelaki akan berghairah kerana baunya.

Setelah itu, ia atur rambutnya seindah-indahnya di malam yang sunyi itu. Setelah menyelesaikan dan menyempurnakan dandanannya, Zulaika mengamati sekelilingnya, hingga ia benar-benar yakin bahawa tidak ada seorang pun pelayannya yang masih menunggunya di situ, semuanya sudah lelap di bilik masing-masing di kegelapan malam itu. Ia pun tahu bahawa suaminya sedang memenuhi panggilan seorang hakim Mesir dan sibuk dengan urusan-urusannya, sehingga tidak mungkin ia akan kembali sebelum fajar pagi tiba.

Setelah segalanya beres, pergilah ia menuju kamar Yusuf. Didapatinya pintu kamar itu tertutup dan lampunya sudah dimatikan. Dengan perlahan ia mengetuk, sekali, dua kali dan tiga kali. Tak lama kemudian, Yusuf pun bangun menyalakan lampu dan membukakan pintu. Alangkah terkejutnya Yusuf ketika ia melihat isteri al-Aziz sudah berada di hadapannya. Tapi ia tidak berkata apa-apa kecuali hanya diam menunduk.

Tiba-tiba Zulaika masuk ke dalam, mendekatinya dengan ramah, dan memegang tangannya sambil menutup pintu kamar. Zulaika merasakan kegelisahan, ketakutan, dan tak boleh menjawab pandangan kedua mata Yusuf. Ia lalu berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf selalu berusaha menjauh darinya.

Isteri al-Aziz kemudian berkata, “Apakah maksud semua ini, hai, Yusuf? Janganlah engkau menjauh dariku, sehingga aku binasa kerana rindu kepadamu”.

Yusuf diam tanpa jawapan.

Isteri Zulaika mendekatinya lagi seraya berkata, “Aduhai, Yusuf, betapa indahnya rambutmu!”

Yusuf menjawab, “Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan dari tubuhku setelah aku mati”.

“Aduhai, Yusuf, betapa indahnya kedua matamu!” Pujuk Zulaika lagi.

“Keduanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas dari kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!”

Zulaika berkata lagi, “Betapa tampannya wajahmu, hai, Yusuf”.

“Tanah kelak akan melumatnya,” Jawab Yusuf.

Kemudian Zulaika berkata kepadanya, “Telah terbuka tubuhku kerana ketampanan wajahmu”.

“Syaitan menolongmu untuk berbuat hal itu!” Kata Yusuf.

“Yusuf! Bagaimanapun aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan dan kini aku datang kerananya”. Kata Zulaika.

Yusuf menjawab: “Ke manakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya?”

Terus tersedarlah Zulaika bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memenuhi apa yang ia inginkan. Maka, ia pun lebih mendekat lagi, dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Ia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Akan tetapi, di luar dugaannya, Yusuf malah menghindar darinya dan segera berlari hendak keluar dari bilik tersebut.

Zulaika sentiasa berfikir mengapa Yusuf sedemikian keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita cantik yang telah siap melayaninya, bahkan lari menjauh darinya. Ia lalu mengejar Yusuf dari belakang untuk memaksanya. Ketika sudah sangat dekat, dipegangnyalah bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya kuat-kuat. Dengan penuh kemarahan, ia melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, koyaklah bahagian belakang baju Yusuf.

Pada saat yang sama, tiba-tiba al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama saudara sepupu Zulaika. Dengan serta merta isteri al-Aziz berkata: “Apakah hukuman bagi orang yang akan berbuat serong kepada isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan seksaan yang pedih?” Dengan perkataan itu, Zulaiha bermaksud menyatakan bahawa Yusuf telah berbuat yang melampaui batas atas dirinya.

Al-Aziz sangat marah atas terjadinya peristiwa memalukan itu. Kerana tidak menduga hal itu dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang telah dibelinya, dipeliharanya, dan dikasihinya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Tidak mungkin hal itu boleh terjadi?

Yusuf sedar bahawa isteri al-Aziz telah berkata dusta tentang dirinya dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Maka, segeralah Zulaiha berkata kepada al-Aziz: “Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)”.
Allah ternyata menghendaki bebasnya Yusuf dari tuduhan wanita itu. Seorang bayi yang masih menyusu, anak salah seorang keluarga Zulaika yang ketika itu datang ke istana, tiba-tiba berkata, “Jika bajunya koyak di bahagian muka, maka wanita itulah yang benar dan Yusuf termasuk orang-orang dusta. Dan jika bajunya koyak di bahagian belakang, maka wanita itulah yang dusta dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar”.

Mendengar itu, segeralah al-Aziz menghampiri Yusuf untuk melihat bajunya. Demi didapatinya baju Yusuf koyak di bahagian belakang (kerana tarikan isterinya), mengertilah al-Aziz akan pengkhianatan isterinya dan bersihnya Yusuf dari tuduhan itu. Kemudian ia berkata: “Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu!”

Kemudian ia memandang Yusuf seraya berkata: “Hai, Yusuf, berpalinglah dari ini!” Maksud perkataan itu adalah agar Yusuf tidak memberitakan aib yang terjadi atas diri isterinya itu, sehingga tidak terdengar oleh orang ramai.Kemudia Aziz berkata kepada isterinya : “Dan (kamu, hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang berbuat salah”.

“Celakalah kamu, Yusuf!” Kata isteri al-Aziz dengan kemarahan yang memuncak, kerana Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya. “Tidak! aku tak akan membiarkanmu, Yusuf. Bagaimana pun akan kucari jalan lain yang dapat mempedayakanmu, hingga kamu memenuhi apa yang kukehendaki...”

Hari-hari pun berlalu, dan al-Aziz yang kalah dalam urusan itu berusaha memohon kerelaan isterinya menghadapi kenyataan itu, sementara sang isteri menyanggahnya dengan dalih bahawa suaminya telah menjatuhkan martabat dan kemuliaannya. Zulaika tahu benar bahawa setiap kali ia menampakkan kebenciannya kepada suaminya, sang suami benar-benar berusaha mendekati dan memmujuknya kerana ia sangat mencintainya dan merasa lemah di hadapan kecantikan wajahnya dan ketinggian peribadinya, yang sebenarnya bersifat mulia.

Yusuf sendiri akhirnya berdiam sepanjang hari di dalam biliknya, kerana peristiwa aib itu terjadi di situ. Ia tidak keluar dari biliknya kecuali ada suatu pekerjaan penting yang ditugaskan oleh tuannya, al-Aziz.

Setiap hari Zulaika dihantui peristiwa tersebut dan Zulaika sentiasa mencari suatu peluang untuk kembali melakukan tipu dayanya atas Yusuf,Setiap apa yang berlaku akan menambahkan rasa cinta dan keinginan untuk berhubungan dengan Yusuf, meskipun secara terang-terang ia telah berdusta atas diri Yusuf untuk menghilangkan keraguan suaminya terhadapnya.

Hari demi hari berlalu .zulaika berjalan di kota tersebut, beberapa peristiwa yang tak terduga telah terjadi. Wanita-wanita di Mesir, ketika itu, tidak berkeinginan bicara lain kecuali tentang peristiwa aib antara isteri al-Aziz dan Yusuf.Sesungguhnya ,sungguh menghairankan, bagaimana peristiwa itu dapat tersebar di seluruh kota, padahal semua pihak di istana al-Aziz berusaha merahsiakannya.

Bermacam- macam dugaan yang terlintas dikepala Zulaika kepada pelayan laki-laki istana dan sebahagian pelayan wanita yang masih ada hubungan keluarga dengannya. Besar kemungkinan, merekalah yang membocorkan rahsia itu.

Setelah itu ibu kota Mesir penuh dengan gema kisah kejadian itu. Dalam setiap kelompok wanita, tidak ada masalah lain yang dibicarakan kecuali tentang isteri al-Aziz dan Yusuf, semuanya dicurahkan tanpa segan silu.
Akhirnya, sampailah berita yang menyakitkan itu ke telinga isteri al-Aziz. Dan tentu saja hal itu menimbulkan kemarahannya yang luar biasa.

Akan tetapi, Zulaika kelu dan tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menerima kenyataan itu dengan hati yang semakin pedih. “Betapa perjalanan hidupku menjadi sepotong roti dalam mulut wanita-wanita kota yang dipenuhi cemuhan dan ejekan.” Keluhnya dalam hati, “padahal, di hari-hari yang lalu, tidak seorangpun dari mereka berani menyebut namaku kecuali dengan segala penghormatan dan kemuliaan”.

Kemudian ketenangan mulai meresap di hati Zulaika, setelah jiwanya tergoncang kerana kemarahan. Mulailah ia berbicara kepada dirinya sendiri:“ Aku wanita, dan mereka pun wanita. Harus mereka terima hinaan sebagaimana hinaan yang mereka tujukan kepadaku. Jika mereka memperolok-olokku dengan lidahnya, maka sesungguhnya olok-olokku nanti lebih keras atas diri mereka...” Maka, keluarlah dia dari biliknya menuju beranda istana yang menghadap Sungai Nil.

Di tepian sungai itu, ia mulai berfikir, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yang mengelilingi istana, membuat harum udara di sekitarnya. Isteri al-Aziz mulai merenung; fikirannya berputar ke sana kemari, mengikuti alunan ombak sungai yang tenang.

Tak lama kemudian, wajahnya tampak sedikit berseri, kemudian mulutnya tersenyum. Telah ditemukan satu cara untuk menyelesaikan masalah itu. Ya, mengapa ia tidak menghentikan cemuhan wanita-wanita itu tentang dirinya dan Yusuf dalam suatu pertemuan terbuka? Mengapa ia tidak memanggil wanita-wanita itu untuk duduk bercakap-cakap seperti biasa ia lakukan sebelum ini, lalu ia perintahkan Yusuf keluar (menampakkan diri di hadapan mereka)? Nanti mereka akan sedar dan mengerti mengapa isteri al-Aziz jatuh hati kepada anak angkatnya.

Kemudian dipanggilnya semua wanita itu ke istana untuk bersukaria. Kepada mereka dipersembahkan berbagai macam buah-buahan, dan masing-masing diberi sebilah pisau sebagai alat pemotongnya. Akan dilihat oleh isteri Al-Aziz apa yang nanti bakal terjadi ketika Yusuf muncul secara tiba-tiba di tengah-tengah mereka.

Hairanlah kebanyakan wanita bangsawan terhadap panggilan isteri al-Aziz itu. Mereka menyaksikan suasana yang lain dari biasanya. Wanita-wanita yang hadir duduk di kerusi yang indah. Di hadapan mereka masing-masing terdapat sepinggan buah segar dan sebilah pisau pemotongnya.

Semua pandangan hadirin ditujukan kepada barang-barang yang ada dalam ruangan istana itu. Semuanya diam membisu, tak ada yang berani berbicara dengan jelas tentang apa yang tersimpan di dada dan mulailah Zulaika membuka bicara. Pembicaraan hanya berkisar tentang buah dan masalah-masalah pesta ria itu, sama sekali jauh dari masalah peristiwa dirinya dengan Yusuf. Ia berkata bahawa segala yang disediakannya kali ini dimaksudkan sebagai kejutan bagi wanita-wanita itu.

Di antara wanita-wanita yang hadir dalam jamuan itu, ada salah seorang yang menyindir dengan cara yang cerdik, ia berkisah kepada hadirin tentang seorang pemudi yang jatuh cinta, dan mati dalam kesedihan kerana laki-laki yang meminangnya tewas di medan perang melawan musuh-musuh negerinya. Tetapi Zulaika lebih cerdik, mengalihkan pembicaraan ke masalah-masalah lain.

Kemudian ia berkata kepada Yusuf, “Keluarlah (tampakkanlah dirimu) kepada mereka.”

Maka, keluarlah Yusuf dari tempatnya menuju jamuan wanita-wanita itu. Betapa terkejutnya wanita-wanita itu demi melihat ketampanan Yusuf. Mereka sama tercengang dan kehairanan. Dan tanpa disedari, mereka memotong jari-jari mereka sendiri dengan pisau. Mereka mengira sedang memotong buah, padahal tidak dirasai darah mengalir dari tangan mereka. Lama-kelamaan mereka baru ingat dan menyedari apa yang telah mereka lakukan, kemudian berkata, “Maha Besar Allah. Ini bukanlah manusia. Ia tiada lain dari malaikat yang mulia”.

Ketika itu wajah isteri al-Aziz menahan sedih dan duka. Berubahlah wajah nan cantik itu menjadi marah. Ia berkata seraya menunjuk kepada Yusuf: “Itulah orang yang menyebabkan aku di cela kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menginginkan dirinya, tetapi ia menolak. Dan (sekarang) jika dia tidak mentaati apa yang kuperintahkan, nescaya ia akan dipenjarakan dan dia akan menjadi orang yang hina”.

Yusuf mendengar apa yang dikatakan oleh isteri Aziz dengan sikap yang tenang dan tabah, di hadapan wanita-wanita kota. Ia pun mendengar keinginan setiap wanita yang hadir, sebagaimana keinginan isteri al-Aziz terhadapnya. Sambil berlindung kepada Allah, Yusuf berkata, “Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Allah hindarkan aku dari tipu daya mereka, tentulah aku tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk orang yang jahil”. Allah meneguhkan hamba-hamba-Nya yang mukmin serta berlindung dan berpegang dengan kebenaran yang diperintahkan oleh-Nya ...” Maka, Tuhan memperkenankan doa Yusuf, dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui”.

Pulanglah wanita-wanita kota itu dengan tangan mereka berlumuran darah. Mereka semua akhirnya sedar bahawa Zulaiha, isteri al-Aziz, terhalang cintanya kepada Yusuf. Yusuf, kemudian meninggalkan ruangan itu dan pergi ke biliknya. Isteri al-Aziz tampak duduk sambil berfikir. Ia memang menghendaki kehinaan atas wanita-wanita yang menghina dirinya dengan Yusuf, dan hal itu telah selesai ia lakukan. Menanglah ia dengan suatu kemenangan yang dapat menyembuhkan sakit hatinya.

Setelah Zulaika memikirkan dengan lebih mendalam ,Beliu sedari bahawa perasaan yang ditanggungnya selama ini adalah suatu sebab yang berat baginya. Ia berbicara dengan dirinya sendiri: “Yusuf telah menghindar dariku dua kali; sekali dikamarnya dan sekali di hadapan wanita-wanita kota. Sesungguhnya wanita-wanita kota itu pun mencintai Yusuf sebagaimana aku, tetapi semuanya tidak memperoleh sesuatu darinya. Ancamanku kepadanya tidak ditakutinya. Celakalah kamu meskipun aku mencintaimu.”

Pergilah isteri al-Aziz menemui suaminya. Al-Aziz kemudian bertanya tentang jamuan yang diadakannya. Isterinya menjelaskan bahawa jamuan itu hanya menambah keburukan baginya.

“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” Tanya Al-Aziz.

“Jika Yusuf tidak disembunyikan dari seisi istana dan kota, dia akan selalu berbicara tentang apa yang memburukkanku...” Jawabnya.

Maka, mendekatlah al-Aziz kepada isterinya seraya berkata. “Bagaimana engkau boleh rela dengan apa yang memburukkanmu?”

Gementarlah badan wanita itu, dan kemudian berkata: “Kalau begitu, masukkanlah Yusuf ke dalam penjara, sehingga semua orang akan melupakannya”.

Al-Aziz menyetujui usul isterinya itu. Tak lama kemudian, beberapa pengawal istana membawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, isteri al-Aziz berdiri di belakang jendela biliknya sambil memandanginya. Ia merasa seolah-olah sebahagian dari hatinya tercabut, meskipun dialah yang mendesak suaminya agar memasukkan Yusuf ke dalam penjara.

Saban hari berlalu, dan kesedihan selalu mewarnai wajah isteri al-Aziz, sementara suaminya hanya boleh melihat hal itu dengan sikap diam dan tidak kuasa berbuat sesuatu. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri: “Salahkah aku tatkala menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku melihat Yusuf... “Sekali lagi ia berfikir dalam kegelisahannya: “Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?” Ia menyanggah dirinya sendiri untuk lepas dari azab, seperti seorang dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup menjangkau air yang dipikul di bahunya sendiri.

Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berjalan tanpa sunyi dari cerita isteri al-Aziz dengan Yusuf. Pada suatu hari, datanglah utusan raja, memerintahkannya untuk datang keistana. Isteri al-Aziz sangat hairan, sebab hal itu belum terjadi sebelumnya. Ia bertanya kepada suaminya apa kira-kira yang menyebabkan sang raja memanggilnya ke istana.

Al-Aziz menjawab, “Mungkin ada urusan yang berhubungan dengan Yusuf.”

Mendengar nama Yusuf disebut lagi, lenyaplah segala dugaan. Tetapi, benarkah raja hanya berkehendak untuk berbicara dengannya tentang Yusuf?

Dengan penuh pertanyaan di benaknya, pergilah isteri al-Aziz menuju istana raja. Di sana didapatinya wanita-wanita yang telah memotong tangannya beberapa waktu yang lalu, semuanya menghadap Raja Mesir. Sementara itu, sang raja memandangi wajah para wanita itu satu persatu, kemudian mengajukan pertanyaan singkat kepada wanita-wanita itu: “Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?”
Mereka menjawab serentak: “Kami tiada mendapati suatu keburukan padanya (Yusuf)”.

Tiba-tiba, tanpa diminta oleh Raja, isteri al-Aziz berbicara. Ia merasa telah tiba saatnya untuk berbicara terus terang perihal itu, agar hilang semua beban dosa kerana tindakan aniayanya terhadap Yusuf. Di hadapan Raja, wanita-wanita kota, dan seluruh yang hadir di situ, ia menerangkan: “Sekarang jelaslah kebenaran itu. Akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar”.
(Yusuf berkata), “Yang demikian itu agar dia (al-Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak merelai tipudaya orang-orang yang berkhianat. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang”.

Terjadi perbedaan pendapat tentang kehidupan perempuan itu selanjutnya. Sebahagian orang berpendapat bahawa sejak itu isteri al-Aziz hidup bersama kesedihan dan putus asa kerana ingatannya kepada Yusuf. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa isteri al-Aziz itu akhirnya pindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiada khabar beritanya sama sekali. Yang jelas, kehidupan wanita itu menjadi terganggu, kerana cinta kepada Yusuf.

Namun ada yang mengisahkan setelah peristiwa itu Zulaiha bertaubat kepada Allah SWT. Ketika Yusuf diutus menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan Al-Aziz, Nabi Yusuf berjumpa dengan Zulaika yang ketika itu keadaannya sudah tua. Akhirnya Allah menjadikan Zulaika muda remaja dan berkahwin dengan Nabi Yusuf. Maka jadilah Zulaika sebagai seorang wanita yang solehah yang sentiasa beramal kepada Allah SWT.
(Kisah Zulaika ini dapat di baca dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 21-53)

Awas, anda mungkin ‘gila’ oleh cinta


Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.
Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

Manis Muka


Di antara sifat-sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada
pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat
manis muka dan manis tutur kata.

Muka adalah menjadi petunjuk pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang melantunkan apa yang tersemat dalam lubuk hatinya. Kiranya beliau bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau seorang yang sempit dada dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan.

Wajah yang manis bukanlah bererti kecantikan dan keindahan paras rupa, kerana boleh jadi paras rupa cantik tapi tidak terdapat padanya
kemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang hodoh tetapi ia penuh dengan kemesraan dan keriangan.



Seorang pendakwah mestilah membiasakan diri berwajah cerah sekalipun

beliau terpaksa melatih dirinya berbuat demikian. Beliau juga mestilah

membiasakan dirinya sentiasa tersenyum walaubagaimanapun keadaannya yang

menderita dan menekan.



Kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan

diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu

mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Beliau mestilah

bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya.



Saya kenal sesetengah para pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai

dengan senyum yang melimpah di muka mereka sedangkan di dalam hati

mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang

mengetahuinya.



Saya juga mengenal para duat lain yang tidak mampu menguasai diri mereka

berdepan dengan masalah yang kecil, anda dapat melihat kesannya dengan

jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka, pada waktu

itu anda merasakan seolah-olah andalah yang telah melakukan kesalahan

terhadap mereka.



Saya dengar seorang pendakwah yang sering memberikan ucapan di hadapan

orang ramai di kampung-kampung di Mesir, beliau telah meninggalkan

anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat. Sedang beliau berucap

salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan syarahan dan

menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau

membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan

para hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan. Setelah beliau selesai

dari ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang

lapang dan dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka

mengetahui bahawa cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa

berita tentang kematian anaknya yang sakit tenat itu.



[Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah - Utz. Fathi

Yakan]



******************************



Berdasarkan riwayat Muslim dari Abu Dzar r.a. berkata, bersabda

Rasulullah SAW:



"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerah

ketika bertemu saudaramu."



******************************



Apa Salahnya Perigi Mencari Timba?



Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, “Sudikan awak mengahwini saya..?” Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, “Alangkah tak malunya wanita ini..”
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama pada 1 Julai 2003. Beliau semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Negara menyatakan bahawa kementeriannya akan mengadakan program ‘bertemu jodoh’ sebagai salah satu langkah menangani masalah wanita yang berpendidikan tinggi yang lambat berkahwin.
Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang asing lagi di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua lapisan golongan wanita terlibat dalam permasalahan ini. Akhirnya, timbullah gelaran-gelaran yang kurang enak didengar seperti ‘andartu’, ‘andalusia’ dan sebagainya. Sebenarnya, jika diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala wanita yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat terhadap amalan ‘perigi mencari timba’.
Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Malah seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan meminang. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di kalangan wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan daripada berusaha sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.
Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27. Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.
Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya mengubah semula pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita terus menerus dihantui sindrom ‘malu’ untuk memulakan langkah, maka akhirnya dia terpaksa menempuh satu corak hidup yang sama sekali tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa memilih samada untuk terus bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.
Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap amalan ‘perigi mencari timba’ ini perlu dihapuskan. Berikutan tanggapan sebeginilah, banyak ‘perigi’ akhirnya tidak mempunyai ‘timba’.

- 1 Julai 2003

Kenali Cinta


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Larangan Menampakkan Perhiasan Kepada Laki-Laki Yang Bukan Muhrimnya


Amr bin Abdul Mun'im
Wahai Ukhti Muslimah ..!
Kemusykilan kaum wanita yang terjadi pada zaman sekarang ini adalah tentang cara berhias mereka, senang berkumpul dan mengerjakan hal-hal yang tidak berguna di pusat-pusat keramaian. Semua itu merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya.
Yang dimaksud dengan wanita yang senang memamerkan perhiasannya adalah seorang wanita yang senang menampakkan diri di hadapan lawan jenisnya dengan segala keindahan yang mengundang perhatian. Misalnya dengan pakaiannya, ucapannya, cara berjalannya maupun semua sikap yang mendatangkan laki-laki terpikat kepadanya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman.
"Artinya : Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu". [Al-Ahzab : 33]
Mujahid mengatakan. "Wanita yang keluar rumah yang berjalan dihadapan laki-laki yang bukan muhrimnya telah bertabarruj (bersolek) dengan tabarruj jahiliyah.
Tabarruj adalah menampakkan keelokan tubuh dan kecantikan wajah berikut pesonanya. Atau seperti kata Imam Bukhari. "Tabarruj" adalah perbuatan wanita yang memamerkan segala kecantikan miliknya.
Sedangkan Qatadah berkata. "Kaum wanita memiliki kesenangan berjalan-jalan dan sikap genit, dan Allah Azza wa Jalla melarang semuanya itu". [Tafsir Al-Qur'an Al-Adzim, Qatadah III/482]
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya ini, menjaga tubuh wanita dari tindak kejahatan, menjaga mereka supaya tetap punya rasa malu dan kehormatan dan demi menghindarkan jiwa kaum laki-laki agar jangan sampai tertipu serta tersungkur dalam kenistaan, maka Allah melarang wanita dari menampakkan perhiasannya, Firman Allah.
"Artinya : Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau bapak mereka, atau bapak suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-puteri suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, perempuan-perempuan (sesama Islam), hamba sahaya yang mereka miliki, pembantu laki-laki yang tidak mempunyai keinginan, anak-anak yang belum mengerti melihat aurat perempuan. Dan janganlah menghentakkan kakinya supaya diketahui perhiasan-perhisannya yang tersembunyi. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya memperoleh keberuntungan". [An-Nur : 31]
Ingatlah wahai wanita Muslimah, akan firman Allah "Dan janganlah menampakkan perhiasannya". Perlu diketahui bahwa perhiasan itu tidak tertentu pada satu bagian anggota tubuh atau pakaian. Ayat tersebut secara tegas menunjukkan bahwa setiap anggota tubuh bisa jadi merupakan perhiasan dan sumber dari timbulnya rangsangan dan wanita yang bertaqwalah yang dapat menghargai hal itu, karena alasan takut pada siksa dan murka Allah.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia menceritakan, Rasullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda.
"Artinya : Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya, yaitu : Suatu kaum yang bersamanya cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk mencambuk orang-orang, dan wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang, genit, kepalanya seperti punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk surga, tidak juga mencium bau surga, sesungguhnya bau surga tercium dari jarak ini dan itu". [Hadits Riwayat Muslim]
Saudariku, perhatikanlah ancaman yang sangat menyeramkan dan juga adzab yang pedih itu bagi wanita yang merasa bangga dengan kecantikannya di hadapan laki-laki yang bukan muhrimnya. Sejenak dia tampak bahagia dan gembira, padahal di akhirat kelak, perbuatan itu merupakan salah satu faktor diharamkannya masuk surga, dan sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka.
Semoga Allah senantiasa memberikan ampunan kepada Anda, Saudariku, atas kekhilafanmu memperlihatkan perhiasan di hadapan laki-laki yang bukan muhrim Anda, baik itu berupa kesengajaan tidak mengenakan hijab yang telah ditetapkan syari'at maupun dengan memakai wangi-wangian pada setiap kali keluar rumah supaya mereka mencium baunya. Sesungguhnya semua itu akan mendatangkan siksaan pada hari kiamat kelak.

Hakikat Pernikahan


DAH SAMPAI SERU?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita
lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar
jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar
jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari
jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap
dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

Rindu

Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.

Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

Madah Romantis


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Ciri Ciri Suami Idaman


KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

•Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

•Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

•Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

•Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

•Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

•Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

•Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

•Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

•Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

•Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Wasiat Ibu tentang Jodoh


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang yang mengingkari wasiat ibunya yang telah meninggal dunia supaya dia berkahwin dengan pilihan ibunya tadi, sedangkan dia telah ada pilihannya sendiri?
Berdosakah dia mengingkarinya?
Hayati, Miri
Jawapan:
Sebagai seorang ibu memang menginginkan agar anaknya bahagia dan tenteram disamping teman hidupnya. Biasanya ibu bapa akan memilih calon pasangan anaknya mengikut firasat atau kata hatinya, kerana ibu bapa lebih memahami keadaan anaknya dan dapat membuat perbandingan dengan calon pilihannya. Namun tidak selamanya pilihan ibu bapa itu berdasarkan tuntunan Islam, kerana ada juga ibu bapa yang memilih pasangan untuk anaknya berdasarkan kebendaan.
Masalah jodoh, rezeki dan maut merupakan ketetapan Allah. Jika ibu anda menginginkan anda kahwin dengan seseorang pilihannya, namun Allah menetapkan anda kahwin dengan orang lain, maka ketetapan Allah lah yang berlaku terhadap diri anda. Begitu juga jika anda berkahwin dengan pilihan ibu anda, itu juga merupakan ketetapan Allah. Jadi masalah jodoh bukanlah boleh dipaksa kerana ia merupakan hak dan takdir Allah untuk seseorang. Seorang ibu hanya berhak memberikan cadangan, dan berencana sedangkan yang menentukannya hanyalah Allah SWT. Maka tidaklah berdosa jika anda kahwin dengan orang yang bukan pilihan ibu anda, kerana Allah telah menetapkan jodoh dengan pasangan anda sekarang.

Jika anda ingin berkah dan ingin mendapat keputusan yang terbaik, bukan atas dorongan keinginan hawa nafsu semata, lakukanlah solat istikharah, agar Allah memberikan yang terbaik untuk anda. Insya Allah.Wallahu 'Alam.

Petua Syurga Rumahtangga


Hayati.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal....
Semoga yang baik dapat kita contohi bersama......

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa
Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan
pada
hati"
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'


Sifat Sifat Wanita Ahli Syurga


Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadis Nabi menyatakan:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.

Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka. "

(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya. "

(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Pembanguan Akal


Di dalam membangunkan akal, ilmu diperlukan untuk membajai akal. Akal yang tidak ada ilmu akan mati.

Siti Aisyah pernah bertanya kepada Rasulallah s.a.w : "Dengan apakah manusia akan memperolehi kelebihan di dunia?" Maka jawab Rasulallah s.a.w : "Dengan Akal" Lalu Aisyah bertanya lagi : "Di Akhirat?" . Jawab Rasulallah s.a.w : "Dengan Akal" Bertanya Siti Aisyah lagi : " Bukankankah mereka akan dibalas dengan sebab perbuatan mereka?". Jawab Rasulallah s.a.w : " Hai Aisyah, bukankah seseorang itu beramal mengikut kadar akal yang dianugerahkan Tuhan? Menurut kadar akal yang diperolehi maka begitulah kadar amal mereka. Dan menurut kadar amal itulah mereka akan diberikan balasan."

Yang dimaksudkan Rasulallah akal kelebihan di dunia dengan akal itu ialah akal yang dibajai dengan ilmu yang berteraskan Al Quran dan Sunnah. Dan dengan ilmu itu orang mukmin mampu untuk membentuk atau mendirikan pendidikan Islam, pentadbiran Islam, ekonomi Islam, perubatan Islam, pertanian Islam dan seterusnya kepada negara Islam. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulallah s.a.w, dengan ketinggian akalnya dan dibantu oleh mukjizat Al Quran, beliau mampu menukar keyakinan manusia dari menyembah berhala kepada beriman dengan Allah s.w.t . Begitu juga ketinggian akal sahabat-sahabat Nabi s.a.w seperti Umar Al Khattab yang mampu menundukkan Rom dan Parsi dibawah pentadbiran Islam. Khalid Al Walid yang mahir di dalam ilmu peperangan sehingga Allah Rasulallah s.a.w memberikannya gelaran Saifullah atau pedang Allah. Abdul Rahman Al-Auf yang begitu pakar di dalam ekonomi sehingga mampu untuk menumpaskan ekonomi Yahudi yang sudah ratusan tahun bertapak di Madinah. Banyak lagi peristiwa gilang-gemilang di dalam sejarah Islam telah ditempa oleh orang-orang mukmin yang memiliki akal yang yang tinggi dan tajam. Musuh-musuh Islam melihat kehebatan Islam dengan rasa gerun seperti gerunnya mereka apabila berhadapan dengan harimau yang akan menerkam.

Manakala kelebihan di akhirat yang dapat dicapai kerana akal itu ialah kedudukan seseorang mukmin itu di syurga yang akan mengikut ketinggian akalnya. Sabda Rasulallah s.a.w :

"Sesungguhnya pada hari kebangkitan itu, terangkatlah hamba-hamba Allah ke tingkat yang tinggi pada sisi tuhannya menurut tingkat ketinggian akal fikiran."

Kedudukan akal yang boleh menentukan darjat di syurga jelas menunjukkan ketinggian dan kemuliaan akal. Dengan akal, manusia boleh meyakini perkara-perkara yang ghaib. Dengan akal, manusia boleh menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Kemulian manusia itu terletak pada akalnya dan manusia akan menjadi lebih hina daripada binatang apabila ketiadaan akal

DOA DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau ciptakan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah hatinya dengan hatiku
Agar kemesran itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan untukku
Bawalah dia jauh daripada pandangan mataku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan itu

Ya Allah ya Tuhanku ..
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayanganya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja merah
Agarku senantiasa tenanag
Walaupun tanpa bersamanya..
Ya Allah.
Pasrahkanlah ku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau tentukan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui

Keringanan Berdzikir Kepada Allah Bagi Wanita Haid


Amr bin Abdul Mun'im
Zikir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala merupakan suatu kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimah.
Sebagaimana yang difirmankan Allah Azza wa Jalla.
"Artinya : Karena itu, berdzikirlah (ingat) kalian kepada-Ku niscaya Aku akan ingat kepada kalian, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari (nikmat)-Ku". (Al-Baqarah : 152)
"Artinya : Dan sesungguhnya berdzikir (mengingat) Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain)". (Al-Ankabut : 45)
Dalam mengisahkan Yunus 'Alaihi al-Salam, Dia berfirman.
"Artinya : Maka kalau sekiranya dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang yang banyak berdzikir kepada Allah, niscaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit". (Al-Shaffat : 143-144)
Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Artinya : Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Rabbnya dengan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati". (Diriwayatkan oleh Muttafaqun 'alaih dari hadits Abu Musa Al-Asy'ari Radhiyallahu 'anhu).
Diantara bentuk kemurahan Allah Subhanahu wa Ta'ala terhadap kaum wanita adalah memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk berdzikir kepada-Nya selama menjalani masa haid, meski pada saat itu mereka tidak boleh mengerjakan shalat dan puasa.
Ummu Athiyah Radhiyallahu 'anha menceritakan.
"Artinya : Kami diperintahkan keluar pada hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha, juga wanita pingitan dan gadis".
'Wanita-wanita haid keluar rumah dan menempati posisi di belakang jama'ah yang mengerjakan shalat, dan bertakbir bersama-sama mereka', Lanjut Ummu Athiyyah". (Hadits Riwayat Muttafaqun 'alaih).
Imam Nawawi Rahimahullah juga mengatakan.
"Ucapan Ummu Athiyyah, 'Wanita-wanita haid itu bertakbir bersama jama'ah' menunjukkan dibolehkannya zikir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi wanita haid dan wanita sedang junub. Yang diharamkan baginya adalah membaca Al-Qur'an".

Mata Bertemu Mata

Di hadapan orang yang kita cinta,

hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,

hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,

musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,

kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,

kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,

lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,

lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,

kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,

kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,

kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,

kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…

RENUNGAN BAGI SEMUA MUSLIMAT


Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tampa hisab
Rasulullah SAW bersabda:
Wanita, apabila ia sembahayang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kerhormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Rasulullah SAW bersabda:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Rasulullah SAW bersabda:
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.
Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.
Rasulullah SAW bersabda:
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkhawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas khawin).
Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga.
Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristiferlah para malailat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.
Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).
Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat, tiada nur baginya
Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia
Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH
"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yan bukan fardu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardu ain dan haram atas suaminya menegah isteri jika ia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika ia ada ilmu nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu (suami mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan itu dari rumahnya lagi derhaka ia."

Anugerah-anugerah ini diwujudkan dengan tujuan:


· Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam sektor awam;
· Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi Kerajaan yang telah menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang pengurusan dan peningkatan kualiti serta yang mencapai tahap kepimpinan kualiti yang unggul
· Memberi publisiti tentang strategi-strategi kualiti yang berjaya;
· Menggalak persaingan yang sihat di antara agensi-agensi Kerajaan ke arah memperbaiki lagi amalan pengurusan kualiti; dan
· Memberi manfaat kepada agensi untuk menilai tahap kecemerlangan agensi masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN


PELBAGAI aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan
sosial ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang
dihadapi manusia sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila
dilaksanakan. Hingga ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat
memperlihatkan kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan.

KEGAGALAN ALIRAN MARXISME:

Bibit-bibit kejatuhan Russia sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas
ideologi komunisme (aliran Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu.
Pada bulan September 1961, harian ‘Pravda’ yang menjadi lidah rasmi
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Russia telah menyebarkan program baru parti
itu. Rancangan itu ialah fikiran yang memansuhkan jalan atau cara
revolusioner seperti yang ditegaskan oleh buku ‘Materialisme Dialektika’:
"Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme dan
memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini boleh
direalisasikan bukan dengan evolusi, bukan dengan memperbaikinya, akan
tetapi dengan perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan
revolusi."

Harian tersebut juga menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat
komunisme seperti yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan
datang. Di samping itu ia menekankan kegagalan sistem komunis selama 40
tahun yang lalu dalam membentuk asas ideologi dan kehidupan duniawi yang
lengkap bagi masyarakat komunisme.

Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya
untuk melaksanakan apa yang dinamakan ‘kepastian sejarah peralihan daripada
kapitalisme kepada sosialisme’. Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme
tidak ditegakkan di atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan
ideologi itu berkembang.

Prinsip penghapusan hak milik individu telah ditukar kepada satu
penyelesaian yang lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri,
perniagaan luar negara, bank-bank dan segala perkhidmatan awam. Antara bukti
kegagalan pelaksanaan prinsip persamaan di dalam masyarakat komunisme
diungkapkan dalam buku tulisan Krien Brinton yang bertajuk ‘Revolusi
Komunisme: Unsur, Penyelesaian dan Hasilnya’: "Sebagaimana yang diakui oleh
para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu
masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang-barang keperluan dan
perolehan individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik
berkedudukan tinggi, pengarah perusahaan, penulis atau penari ballet hidup
bergelumang dengan kemewahan sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian."

Keadaan itu menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak
memiliki persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang
masyarakat kapitalis.
Fakta itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip
persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.

KEGAGALAN TAMADUN BARAT:

Sebahagian besar generasi muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat.
Mereka menyangka kebersihan lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan
rohani dan hati mereka. Kemajuan pesat di dalam bidang sains dan kebendaan
tidak mencukupi untuk dijadikan contoh teladan di dalam segala perkara.
Ukuran kemajuan dan tamadun sesuatu bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai
akhlak dan kemanusiaan yang direalisasikan dalam masyarakat.

Tamadun Barat jika dilihat dari necara ini sebenarnya sudah muflis. Segala
slogan yang dicanangkan oleh Barat seperti prinsip kebebasan, perdamaian dan
persamaan hanyalah omongan kosong belaka. Seorang ahli falsafah Inggeris,
Joede, menulis di dalam bukunya: "Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada
perseimbangan antara kekuatan dan akhlak... kerana akhlak sangat ketinggalan
jauh daripada ilmu. Semenjak kebangkitannya ilmu terus meningkat maju
sedangkan akhlak berada dalam kemunduran sehingga jarak antara keduanya
sangat jauh."

SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN:

Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang
tersendiri mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara
penyelesaiannya apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak
rasional jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan
oleh sistem lain. Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu
sistem terhadap masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang
terlebih dahulu dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah
dapat dilihat sama ada masalah itu masih ada atau sudah selesai, berubah
bentuk atau unsurnya. Pada masa itu barulah sistem berkenaan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan yang timbul.

Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan
menguatkan antara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada
sistem lainnya dari segi wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara
pelaksanaannya. Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh.
Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam
masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan
daripada realiti kehidupan.

Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih
dahulu Islam perlu dijadikan pengatur selurun kehidupan individu, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau
permasalahan barulah wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan
itu kerana masalah itu timbul dalam sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh
sistem bukan Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya
dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah: 208).

Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum
tertentu, menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan
sistem kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara
utamanya ialah melaksanakan Islam sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua
aspek kehidupan.

Pengertian Tarbiyah.

Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan,
pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan,
pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah
Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber rabbani. Dengan
sumber inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya
melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah
seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:

"Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh
berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada
Allah."
(Ali ‘Imran: 110)

Peranan Tarbiyah Islamiyah.

Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan,
pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu
masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut.
Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan
sesuatu masyarakat. Sejarah Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa
tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampu
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.

Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik
tolak didikan Islam adalah iman.

Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan
panjang lebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam. Katanya,
asas pembentukan masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid
Rububiyatillah dan tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia dituntut meyakini
aqidah ini supaya ia mengetahui hakikat diri dan letak duduknya manusia itu
dalam hidup supaya faham mengapa manusia itu dijadikan, memahami hubungan
dan pimpinan akal fikiran manusia, tindak lakunya dan segala aktivitinya
dihubungkan dengan Allah swt," tulis beliau.

Sehubungan itu, Muhammad Shadid dalam ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah
menyingkap kembali sejarah dengan menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah
utusan Allah SWT. Baginda adalah contoh utama dan qudwah hasanah serta
pelaksana manhaj al-Quran. Baginda adalah pendakwah yang amat faham tentang
dakwahnya dan murabbi (pendidik) yang dianugerahkan segala sifat sebagai
murabbi. Baginda mengajak sahabatnya dan orang ramai beriman kepada Allah,
menghubungkan mereka dengan al-Quran dan memberi kefahaman bahawa al-Quran
adalah arahan daripada Allah SWT untuk dilaksanakan. Arahan itu hanya akan
diterima oleh hati yang beriman. Oleh itu, menurut Said Hawa, pemusatan
perlu diberi kepada proses pendidikan untuk memastikan lahir titik tolak
yang betul.

Tarbiyah Imaniyah Dalam Semua Aspek.

Iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap
pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada
Allah SWT. Dengan itu, barulah pekerjaan itu dikira sebagai ‘ubudiyah
(ibadah) kepada Allah SWT.

Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada aqidah
yang baik. Perkataan ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya dan merangkumi
segala urusan hidup, tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji
sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidup ini ialah beribadah
kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah
kepada Allah.

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."
(Al-Zariyat: 56)

Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian
ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu,
barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah
(jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada
Allah). Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun,
ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat
beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha dan
perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.

Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam
semua aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah SWT.
Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi
melaksanakan tarbiyah Islamiyah dengan berkesan.

Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah aspek yang paling penting
kerana matlamat pendidikan Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam
pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan
fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti yang disebutkan
dalam al-athar: "...Ia sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam bentuk
amalan." Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan
RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan
jiwa mereka di jalan Allah." (Al-Hujurat: 15)

Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan
Allah SWT, yakin akan menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan
azab-Nya. Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk
dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat
kepada hati dan amalanmu."

"Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang
balik kepada Allah dengan hati yang (sejahtera)."

Tarbiyah Islamiyah berusaha menghi-dupkan jiwa supaya tidak mati,
memakmurkannya supaya tidak binasa dan melembutkannya supaya tidak keras
kerana hati yang keras dan akal yang beku merupakan satu kemungkaran yang
perlu diminta perlindungan Allah SWT daripadanya.

"Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang
tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’."

Hati Yang Soleh.

Baik buruk seseorang itu berpunca daripada hatinya. Tepat seperti yang telah
disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

"Ketahuilah di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik
ketulan itu maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka rosaklah
seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati."

Oleh itu membaiki dan merawat hati daripada sebarang penyakit perlu diberi
keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan daripada sebarang syirik dan sifat yang
tercela seperti hasad, ‘ujub, takkabur, bakhil, cintakan dunia, menurut hawa
nafsu dan sebagainya.

Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi baik apabila ia mengenali
Allah yang menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dan
peraturan-Nya. Hati yang sihat akan mengutamakan keredaan Allah dan
mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara
yang dimurkai-Nya.

Realiti Masyarakat Islam Kini.

Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi
muslim dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara semudah ini
tidak difahami oleh umat Islam hari ini atau kabur bagi mereka.

Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat
pilihan, hilang kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih, tidak digeruni
atau disegani lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang
bermaksud:

"Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang
sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita
sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak,
tapi kamu laksana buih air bah."

Dasar Penyelesaian Islam.

Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali
kepada Islam. Islam pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud
para pendokong (‘amilinnya).

Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses
melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah;
‘ubudiyah yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar
berjalan dalam amalan hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini akan
membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang lain dan mengawasi
amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata.

Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah dapat dibentuk. Ummah ini akan
menjadi dasar penyelesaian Islam. Ummah yang dianggotai oleh mereka yang
melalui proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang
diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur
Rasulullah’.

Selagi ikrar ini tidak lahir dalam bentuk amalan individu mahupun masyarakat
sebagai natijah proses pembentukan itu, mereka belum layak untuk
menganggotai ummah muslimah dalam pengertian sebenar. Konsep yang tegas dan
jelas ini perlu difahami oleh setiap muslim yang telah bertekad untuk
memutuskan hubungannya dengan jahiliah dan mengikrarkan ‘ubudiyahnya hanya
bagi Allah SWT. Kefahaman yang jelas ini penting supaya amalan hidup setiap
muslim adalah benar-benar merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT. Dengan
perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang
lengkap dan praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas
dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain.
Allah berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:

"Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk
memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar."

Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman yang bermaksud:

"Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah."

Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah
pertama ialah membersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain
daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah
yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat
membangunkan masyarakat Islam.

Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali
setelah tencapai suatu tingkat kekuatan yang mampu menghadapi cabaran dan
tekanan masyarakat jahiliyah. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan
aqidah, kekuatan syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan
ilmu dan pelbagai jenis kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem
jahiliyah atau sekurang-kurangnya mampu mempertahankan diri daripada
dikuasai jahiliyah.

Sangka-sangka


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. dan ada sangkaan buruk..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

TUJUH KEBENARAN ISLAM YANG MUTLAK.


Doctor Verkuyl, Doctor Kraemer, Rifai Burhanuddin lupa,
demikian pula dengan Pater Grunnen, bahwa ada tujuh
kenyataan mutlak yang dipunyai oleh Islam, yang tidak dapat
dibantah oleh siapapun juga. Ia tidak dapat dibantah oleh
sejarah, ia juga tak dapat dibantah oleh Ilmu Pengetahuan,
ia tidak terpengaruh oleh situasi dan kondisi, oleh iklim
dan masa. Mereka, pendeta-pendeta dan pastor-pastor lupa,
demikian pula sarjana-sarjana orientalis barat bahwa:

1. Qur'an dengan bahasanya yang tetap sepanjang masa dan
sama dimana-mana telah sanggup menciptakan iklim keIslaman
yang merata mutlak. Ia akan dimengerti di Amerika, demikian
juga di Inggris. Bila ia dibacakan di Jepang, maka ia juga
dipahami oleh orang-orang India dan Pakistan, dan bila ia
dibaca di negeri Belanda, maka Mesir, Libya, Indonesia akan
mengerti, setidak-tidaknya mengenali bahwa itulah ayat-ayat
Al Qur'an. Qur'an tidak pernah dirubah bahasanya dan ini
saja sudah dapat dijadikan pegangan, bahwa isinya authentik
asli. Beda dengan Injil yang telah melalui sedemikian banyak
terjemahan, sehingga keaslian kata-kata mungkin telah
menyimpang dari maksud semula. Ia disalin dari bahasa Ibrani
ke bahasa Gerika, lalu ke bahasa Latin, dari Latin oleh
Marthen Luther pada tahun 1521 disalin ke bahasa Jerman.
Dari Jerman disalin pula ke dalam bahasa Inggris, Belanda,
Indonesia, Jawa, Minang, Timor dst. Sambil menyalin, maka
atas pertimbangan politik(?) sipenyalin menterjemahkannya
pula menurut "situasi dan kondisi" setempat. Kita lihat
misalnya, kalau didalam Injil bahasa Belanda dan Inggris
syarat masuk surga adalah Door bidden en fasten atau by
praying and fasting, maka didalam Injil bahasa Indonesia
mereka mencukupkan hanya dengan doa, sedangkan fasting atau
fasten atau puasanya dihilangkan.

2. Al-Qur'an tidak bertentangan dengan Ilmu pengetahuan.
Bacalah theorie La Place & Chamberlin, bacalah theorie
kejadian bumi, maka Chamberlin menyebutkan: Bahwa bumi kita
ini ialah terjadi dari gumpalan-gumpalan kabut yang
bergulung-gulung semakin lama semakin padat, sehingga
berpijar, dan kemudian mati pijarnya, lalu tumbuhlah
kehidupan. Lalu cobalah kita buka Al-Qur'an surat
tertulislah disana theorie itu: "Dan ingatlah ketika Aku
menciptakan bumi ini dari suatu hamparan yang lalu
bergulung-gulung." Qur'an surat Nuh 14 menulis tentang
adanya tingkatan-tingkatan kejadian dari manusia, surat Al
An'am 97 memuat theorie Astronomi. Dalam surat-surat yang
lain dimuat pula theorie perkawinan tanam-tanaman (botani).
Qur'an tidak serupa dengan Perjanjian Lama yang menolak
theorie Galileo Galilei, Islam tidak seperti Kristen yang
telah begitu banyaknya membunuhi kaum cerdik pandai seperti
Galileo Galilei, Johannis Heuss dan sebagainya.

3. Al-Qur'an tidak menentang fitrah manusia. Itulah sebabnya
didalam Islam tidak diakuinya hukum Calibat atau
pembujangan. Manusia dibuat laki-laki dan perempuan adalah
untuk kawin, untuk mengembangkan keturunan. Maka itu ajaran
Paulus yang mengatakan bahwa ada "lebih baik" laki-laki itu
membujang seperti aku dan perempuan itu tidak kawin,
ditentang oleh Islam. Bukankah monogami akhirnya melibatkan
dunia Kristen dalam lembah pelacuran? Bukankah orang-orang
Italia yang monogami itu akhirnya mempunyai juga istri-istri
yang gelap? Dan bukankah Amerika, Swedia dll. akhirnya
menjadi bejat akhlaknya sebab mempertahankan monogami? Maka
dunia akhirnya menetapkan: Poligami adalah bijaksana.
Poligami mencegah manusia daripada zinah dan pelacuran.
Tidak heran bila surat An Nisa ayat 3 kemudian membolehkan
orang untuk Poligami, yaitu poligami yang terbatas: 4.

4. Qur'an tidak bertentangan dengan aqal dan fikiran manusia.
Itulah sebabnya Islam sangat menghargai akal dan fikiran
yang sehat. Kaidah Islam tidak dapat menerima doktrin "Tiga
tetapi satu," sebab tiga tetapi satu bertentangan dengan
ratio. Ummat Islam sama sekali tidak dapat memahami
bagaimana Paus, seorang manusia, dapat menjabat Wakil
Tuhan(Ficarius Filii Dei). Paus mewakili urusan Allah untuk
dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat
manusia yang berdosa dengan mandaat sepenuhnya dari Allah.
Demikian pula, kalau kami yang tidak tahu menahu akan
perbuatan Adam harus memikul dosa Adam. Dan akal lebih tidak
bisa menerima lagi, kalau Allah yang pengasih penyayang itu
akhirnya lalu menghukum mati anaknya sendiri demi menebus
dosa Adam dan anak cucu Adam. Maka itulah Islam tidak
mengakui dosa keturunan, juga tidak mengakui adanya
"Sakramen pengakuan dosa" yang memanjakan manusia dan
mengajar manusia untuk tidak bertanggung jawab itu.

5. Islam tidak bertentangan dengan sejarah. Islampun dengan
sendirinya tidak mendustai sejarah. Putih hitamnya sejarah
Islam, diakuinya dengan jujur. Ia, misalkan mengalami
tragedi pahit seperti "Night of St. Bartolomeus" pastilah ia
mengakui, dan ummatnya mengetahui. Islam selalu sesuai
dengan situasi d.an kondisi, ia bukannya menyesuaikan diri,
tetapi diri (dunia maksudnya) yang harus menyesuaikan
dengannya.

6. Oleh sebab itulah maka Islam tetap bertahan. Ia selalu
maju seirama dengan kemajuannya zaman. Empat belas abad
sudah lamanya Islam tetap dalam suatu kesatuan syareat dan
hakekat. Seribu empat ratus tahun lamanya hukum-hukumnya,
undang-undangnya, shalat dan kiblatnya, puasa dan hajinya
tetap berjalan. Ia tidak ambruk setelah ilmu pengetahuan
lebih maju, ia juga tidak colaps menghadapi kebangkitan
humanisme dan sosialisme. Adapun atau kalaupun dikatakan
mundur, sebenarnya ialah ummat artinya orang-orangnya apakah
itu person atau kelompok. Mengapakah ummatnya mundur? Sebab
ia telah meninggalkan Qur'annya. Ia berbeda dengan ajaran
atau hukum gereja Katolik yang selalu berubah-ubah boleh -
tidak boleh dan sekarang boleh lagi kawin. Padahal soal
kawin adalah soal keputusan Tuhan. Adalah keputusan Tuhan
selalu berubah-ubah dan dapat ditentang oleh manusia?

7. Qur'an tak dapat disangkal ]agi, adalah pegangan hidup
dan mati, dunia dan akhirat. Qur'an ternyata merupakan
landasan idiil dan spirituil, landasan hidup di dunia dan
di akhirat. Qur'an, tidak hanya memuat perkara akhirat saja,
tetapi juga perkara dunia. Itulah sebabnya bila kita membaca
Al-Qur'an kita akan menemui bermacam-macam hukum, apakah itu
hukum pidana, perdata, atau hukum antar manusia dan
kemasyarakatan. Demikian pula ia memuat hukum dengan
lengkapnya hukum perkawinan dan sopan santun perang.

Sangka-sangka lagi..

Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya

Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya

SALAHUDDIN AL AYYUBI


Nuruddin Muhammad Az Zanki naik tahta setelah ayahnya Imaduddin Az Zanki wafat. Langkah pertama yang ditempuh adalah menyatukan dan memperkokoh front perjuangan guna menghadang pasukan Salib dari segala penjuru. Oleh karena itu, beliau menduduki dan menjadikan Damaskus sebagai pangkalan militer. Nuruddin melihat Mesir menjadi salahsatu incaran pasukan Salib akibat lemahnya dinasti Fatimiyah dan kondisi dalam negeri yang kian tidak menentu akibat perang saudara antara dua menteri daulah Fatimiah sampai sampai salahsatu pihak yang bertikai meminta bantuan pasukan Salib dan membumi hanguskan kota Fustat. Boldwin, raja baitul muqaddas saat itu, mengerahkan pasukan ke Mesir namun beliau wafat diperjalanan sehingga pasukannya mundur.

Menyadari hal tersebut, Nuruddin mengirimkan bala bantuan guna mendukung khalifah terakhir Fatimiyah Al Adid melawan pasukan Salib. Selanjutnya Nuruddin berupaya meninjau ulang posisi Khilafah Islam yang selama ini dinilainya terlalu fanatik ke Bani Abbas sehingga beliau melontarkan sejumlah kritik terhadap Mesir dan sekutunya lewat khutbah dan ceramah ceramah. Ibn Iyas dalam bukunya “Bada’i Az Zuhur fi Waqa’I ad Duhur” mengungkapkan:” Karena sangat terpukul setelah mendengar namanya tidak disebut dalam khutbah di mesjid mesjid maka khalifah Al Adid bunuh diri dengan menelan cincin permata”.

Pasukan yang dikirim Nuruddin ke Mesir dipimpin Asasuddin Syirkoah dan sepupunya Salahuddin. Asaduddin di percayakan menjadi menteri Al Adid. Setelah wafat beliau digantikan Salahuddin. Selanjutnya, Salahuddin menghapus khalifah Fatimiyah dan Mesir resmi berdaulat dan independen dari kekuasaan Nuruddin. Bahkan setelah Nuruddin wafat, Salahuddin merangkul dan meyatukan wilayah Syam ke bawah kekuasaannya daulah Ayyubiyah. Dengan penyatuan Mesir – Syam maka otomatis Salahuddin memiliki kekuatan besar dan membuat posisi pasukan Salib bagaikan di mulut singa.

Salahuddin berhasil menggalang kekuatan Islam melawan pasukan Salib yang sebelumnya terbuang percuma dalam perang saudara. Pada tahun 1178 M beliau membuat perjanjian dengan Boldwin IV yang berisikan bahwa Salahuddin akan mempertahankan perdagangan bebas antara Mesir- Syam. Lalulintas dagang ini sempat terhenti akibat perang antara Muslimin dan pasukan Salib. Terutama setelah Arnat, amir Karkuk, melanggar perjanjian dan memberlakukan pajak kepada konvoy konvcy dagang yang melewati kawasan Kark (Yordania). Hubungan biletaral dua negarapun menegang. Hal itu diperparah setelah Arnat melancarkan serangan teroris ke laut Merah dan sejumlah pelabuhan Islam serta merampok rombongan umat Islam yang akan berziarah ke Baitul Maqdis. Informasi penyerangan tersebut sampai ke telinga Salahuddin yang saat itu berada di Syam. Beliau bersurat kepada saudaranya Malik Adil, menjabat wakil amir Mesir, guna menghadang dan menghancurkan kapal kapal tempur Arnat di laut merah. Malik Adil mengerahkan angkatan lautnya dibawah komando Husamuddin Lu’lu’ yang akhirnya berhasil menawan dan membunuh sejumlah pasukan Arnat tahun 1183 M.

Menyimak Al Maqrizi menuturkan peritiwa tersebut dalam bukunya As Suluk li Ma’rifat Duwal al Muluk ; Pasukan Arnat bergerak menuju kawasan Hijaz. Kapal kapal tempur diangkut lewat darat menuju laut Qalzm untuk mengangkut seluruh pasukan di sana. Dua kapal ditempatkan di benteng Qalzm(sekarang ini dekat Suez) guna mencegah penduduk setempat mengambil air. Kapal kapal lainnya berlayar menuju Aezab. Sekitar enambelas kapal penumpang dibakar dan seluruh penumpang dibunuh di perairan Qalzm. Sesampainya di Aezab, mereka menahan kapal yang mengangkut jemaah haji dari Jeddah. Dan dikawasan antara Quwais dan Aezab satu rombongan haji di tawan kemudian dibunuh. Selain itu, mereka merampok dua kapal yang sedang mengangkut barang barang dan bahan makanan dari Yaman. Barang barang dan makanan ini sebenarnya akan dikirim sebagai suku cadang di Haramain. Pasukan Salib betul betul telah mencatat peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Bahkan mereka berhasil menembus kawasan yang belum pernah dilewati bangsa Romawi hingga jarak mereka dari kota Madinah tinggal perjalanan sehari semalam. Mereka kemudian bergerak menuju Madinah. Malik Adil, yang saat itu mengambil alih pimpinan di Mesir, mengutus Husamuddin Lu’lu’ ke Qalzm. Beliau menambah jumlah kapal kapal tempur di Mesir dan Iskandaria. Kemudian bergerak ke Aela dan berhasil membakar kapal dan menawan seluruh pasukan Salib. Dari sana, pasukan Islam berlayar ke Aezab guna mengejar kapal kapal tempur Salib. Hanya beberapa hari seluruh kapal dan pasukan Salib dikuasai. Para tawanan dilepas dan seluruh harta benda mereka yang dirampok dikembalikan. Husamuddin melanjutkan pengejaran di darat. Pasukan Salib yang lari berhasil terkejar dan tertawan. Dua diantaranya dibawah ke Mina dan disembelih seperti onta. Husamuddin kemudian kembali ke Kairo sambil membawa tahanan pada bulan Zulhijjah dan di sana semua tahanan di eksekusi. Setelah tiga tahun, tepatnya tahun 1186 m, Salahuddin mempersiapkan pasukan guna menggempur pasukan Salib dengan memanfaatkan kesempatan saat Arnat melanggar perjanjian dua belah pihak dengan menyerang konvoy dagang Islam tahun 1187. Konvoy tersebut sedang menuju ke Kairo dari Damaskus. Pasukan Arnat merampok barang dan menawan orang orangnya. Salahseorang yang ikut tertawan utusan dekat Salahuddin yang dikirim guna melakukan negoisasi dengan Arnat untuk melepaskan seluruh tawanan dan mengembalikan barang barang rampasan. Tetapi Arnat bersikeras menolak negoisasi tersebut. Sehingga memicu kemarahan Salahuddin dan bersumpah akan membunuh Arnat dengan tangannya sendiri. Dengan demikian perjanjian damai antara Salahuddin dan Arnat berakhir.”

Salahuddin mengumumkan perang atas pasukan sekutu Eropa. Seluruh kekuatan dari segenap wilayah kekuasaannya yang luas dihimpun. Salahuddin kemudian bergerak dari Damaskus sedangkan pasukan sekutu Salib berusaha merebut Tibria dibawah komando raja Gay Lozinchan. Mereka mampir di Wadi Hittin dalam perjalanan menuju Tibria. Disaat yang sama Salahuddin sampai disana dengan mendaki bebukitan Hittin. Pertempuran antara dua pasukanpun pecah tahun 1187 m. Pertempuran sengit yang berakhir dengan kekalahan pihak sekutu Salib. Ribuan pasukan tewas dan ditawan termasuk yang tertawan Gay Lozinchan, Arnat dan sejumlah panglima Salib. Salahuddin kemudian membebaskan Gay Lozinchan dan mengeksekusi Arnat sesuai dengan sumpah yang pernah diucapkannya.

Selanjutnya, pasukan Salahuddin bergerak membebaskan Tibria dan menduduki Akka, Naserah, Qaesariyyah, Hefa, Safuriyyah, Nablus, Syakif, Saeda, Baerut, Jubael, Ar Ramlah, Baetlehem, Khalil dan Asqalan. Setelah itu pasukan menyerbu Baetul Muqaddis yang menjadi tempat pelarian sisa pasukan Salib. Mereka membentengi diri dan bertekad mempertahankan Baetul Muqaddis. Salahuddin menawarkan mereka untuk menyerah, namun mereka menolak. Tetapi karena putus asa dan takut akhirnya mereka yang mengajukan perjanjian damai. Salahuddin menyambut baik permintaan tersebut dan memberikan jaminan aman dengan syarat mereka meninggalkan Baetul Muqaddas dan setiap laki laki membayar sepuluh dinar sedangkan setiap wanita menebus lima dinar. Pembayaran berlaku sampai empatpuluh hari.

Mereka dibiarkan pergi membawa barang barang dan harta bahkan yang miskin dibebaskan dari pembayaran. Adapun orang orang Kristen timur diijinkan tetap tinggal bersama sama dengan umat Islam. Salahuddin tidak ingin menumpahkan darah dan meruntuhkan gereja termasuk gereja terbesar Al Qiyamah. Beliau hanya mengembalikan fungsi sejumlah mesjid yang sebelumnya dijadikan gereja. Termasuk mesjid Aqsa yang sebelumnya dijadikan gereja dan dikenal dengan ma’bad Sulaeman. Dengan demikian, Salahuddin menguasai sepenuhnya Baetul Muqaddas dan memperlihatkan sikap toleran dan pemaafnya. Steven Ransman, seorang sejarawan Eropa, mengatakan ; “ Keagungan Salahuddin tiada tertandingi ketika menguasai kota suci (Baetul Muqaddas)”

Lanjut beliau menjelaskan; “Baitul Muqaddis direbut setelah sekitar sembilanpuluh tahun dibawah cengkeraman Salib. Ketika Salahuddin memasukinya pertama kali beliau memberikan jaminan aman kepada penduduk setempat. Seluruh pasukan disebar guna menjaga stabilitas dan keamanan. Berbeda sekali dengan kelakuan pasukan Salib yang menteror dan membantai penduduk sipil muslim”.

Al Maqrizi dalam bukunya Al Suluk li Ma’rifat Duwal Al Muluk) mengatakan :” Sultan bergerak, dengan segenap pasukan, menuju ke baitul Muqaddas. Pada Ahad, lima belas Rajab, pasukan Salib siap dengan Manjaniknya (bola api). Selanjutnya, pertempuran sengit berlangsung antara dua pasukan. Banyak pasukan Islam yang gugur sebagai syahid. Akhirnya Allah menurunkan pertolongan kepada pasukan Islam hingga mereka menerobos pasukan Salib dan merebut Baetul Muqaddas. Pasukan Salib saat itu meminta damai dengan tebusan setiap pria dewasa membayar sebesar sepuluh dinar Mesir, setiap wanita sebesar lima dinar, anak anak ( laki laki- wanita) sebesar dua dinar. Persyaratan ini diterima setelah sebelumnya sejumlah raja Eropa menolak.

Pasukan Islam menguasai Quds pada Jum’at tujuhbelas Rajab. Pasukan Salib yang berjumlah sekitar enampuluh ribu orang angkat kaki dari Quds. Termasuk diantaranya enambelas ribu (laki laki, wanita dan anak anak) bekas tahanan yang tidak mampu menebus pembebasannya. Sultan Salahuddin meraup sekitar tigaratus ribu dinar dari hasil tebusan tersebut. Di luar tebusan yang dikumpulkan sejumlah amir( gubernur). Umat Islam di Quds bersikap toleran dengan membuka Quds bagi pengunjung dari segala penjuru. Sehingga jumlah pengunjung tidak terhitung banyaknya. Jum’at, empatbelas Sya’ban, dilangsungkan salat Jum’at di Quds. Qadi Muhyiddin bin Zaki menyampaikan khutbah yang begitu khusyuk di depan jemaah yang berjubel. Beliau menyampaikan doa buat Sultan Salahuddin. Setelah salat selesai, Zaenuddin Naja berdiri dan menyampaikan nasehat dan wejangan.
Salahuddin menginstruksikan agar Mihrab lama direnovasi, mimbar dari Halb dipasang di masjid Quds, bekas bekas Nasrani dibersihkan, batu quds dicuci dengan air bunga kemudian diberikan wangi wangian dan dihampari permadani, para petugas mesjid digaji dan mesjid mesjid difungsikan sebagai tempat pengajaran bagi pelajar fiqh Syafi’i.
Berita gembira kemenangan Khalifah sampai keseluruh pelosok. Umat Islam bersuka cita atas pertolongan Allah SWT.


BAGAIMANA HENDAK MEMINTA MAAF


Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan latihan dan disertai dengan pemberian hadiah.

Langkah-langkah:
Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.

Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.

Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.

Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.

Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.

Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.

Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.

Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.

Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.

Panduan-panduan:
Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.

Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.

Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.



Teladan nabi sebagai suami



Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.

Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya

Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” “Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga
langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Utusan Online

Anwar Ibrahim

...:::Selamat Datang | Laman Informasi Anda:::...

Utara Online

Malaysiakini

Tranungkite Online V8

CUACA

AYAT AYAT CINTA

Doa kasih sayang seorang hamba dengan pencipta alam semesta begitu juga kita sesama manusia..

PUJANGGA

ENGKAU KULIT AKULAH ISINYA
APAKAH JAWAPANNYA...?

Teka - teki 006

Ada satu kaum yang berdusta dan jahat tetapi Allah masuk mereka semua kedalam syurga.Siapakah mereka itu?

Teka - teki 008

Dalam setiap ciptaan Allah swt ia bukan dilahirkan daripada sulbi Adam atau bukan dilahirkan daripada golongan manusia dan bukan juga dilahirkan daripada golongan malaikat dan bukan dilahir daripada golongan jin dan bukan juga dilahirkan daripada golongan haiwan.Apakah ia?

Teka - teki 009

Ada satu kaum juga yang baik dan benar tetapi mereka ini Allah masukan kedalah neraka . Siapakah mereka itu ?

HARGA KOTAK :


Assalaamualaikumm
Mulai bulan satu 2009 harga kotak telah berubah :
1 kotak USD 30
1 kotak LE 200
1 kotak RM 140

Pembayaran secara tunai :
Sekiranya mereka yang melebihi 3 kotak ke atas akan di potong LE 5

Harga Sabah / Serawak :
USD 55 (bayaran secara tunai)

IKLAN

Aslamualaikum blog ini dalam pembinaan kembali

DARUL BAYAN DAN HUMAIZI ENTERPRISE


WAKIL KAMI DI SEMENANJUNG:
ZAKIYUDDIN AHMAD
TEL: +6019-4166974
ALAMAT:NO 143 LORONG 6,TAMAN DESA ANGGEREK , 19100 BALING , KEDAH DARUL AMAN


WAKIL KAMI DI SABAH / SERAWAK:
SHAHRUL NIZAM ZAINAL ABIDIN
TEL: +6019-3544103
ALAMAT: 848, LORONG IXORA, TAMAN ANGGERIK INDAH, 94700 SERIAN , SERAWAK.

WAKIL KAMI DI MESIR :
ABDUL HADI BIN KHADIR
TEL :010-6576780

HARGA SEMENANJUNG:
KITAB DAN BARANG:

HARAGA SABAH DAN SERAWAK :
KITAB DAN BARANG :





PAGARLAH DIRI ANDA DENGAN AL-QURAN

Setiap sesuatu diawali dengan basmalah...pasti ada berkah..ada satu sifat yang saling mendoakan kita..Hajman InssyaAllah

Teka - teki 001

Benda apakah yang kita bagi makan dia makan dia makan dan kita bagi minum dia mati?

Teka - teki 002

Benda apakah bila di ladang dia berwarna hijau dan di kedai warnanya hitam dan bila di rumah warnanya merah?

Teka - teki 003

Dalam banyak banyak buah buah apa bijinya paling banyak?

Teka - teki 004

Dalam banyak banyak buah,buah apa tidak ada biji?

Teka - teki 005

Dalam banyak banyak buah juga ,buah apa biji kesemua ,tidak ada isinya.

Teka - teki 007

Di antara makanan kita ,makanan apakah yang tidak pernah basi walaupun di letak begitu sahaja.Apakah makanan itu??

Doa Ketetapan Hati

اَللَّهُمَّ يا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ، صَرِّفْ قُلُوْبُنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allahumma ya musarrifal qulub, sorrif qulubana ala to’atik*
Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu. (Muslim no 2654)

اللّهمِّ يا مقلب القلوب، ثبت قلبى على دينك

Allahumma ya muqalibba qulub sabbit qulubana ala deen-nik*
Ya Allah, Tuhan yang mebolak balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu (al-Tirmizi no. 3522)

JANGAN LUPA DOA INI


DOA MUSAFIR

الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.

DOA BELAJAR


ففهمنها سليمان وكلا ءاتينا حكما و علما وسخرنا مع داود الجبال يسبحن والطير وكنا فعلين٠ يا حي يا قيوم يا رب موسى و هرون ورب إبراهيم ويا رب محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين٠ أللهم ارزقنى فهما و علما و حكمة و عقل برحمتك يا ارحم الرحمين

Untuk ayat al-Quran tu, elok rujuk al-Quran, Surah al-Anbiya, ayat 79.

Maksudnya:-
Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-gunung dan burung kepada Daud, dan semuanya itu kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan Nabi Muhammad s.a.w dan Tuhan sekelian makhluk, berilah aku rezeki faham, ilmu dan hikmat dan fikiran dengan rahmatmu ya Allah Tuhan yang maha pengasih.

PILIHAN KITA ,PENUH BERMAKNA...

Kotak undian...

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP